AHLI JAWATANKUASA PANGSAPURI SERI MEWAH BLOK C

Senarai AJK untuk uruselia Pangsapuri Seri Mewah Blok C. Dengan adanya ajk ini segala urusan berkaitan blok dapat berjalan dengan lancar.

Jika ingin berhubung dengan JMB Blok C boleh

dihubungi dengan no hp +6013-3623788.

BBQ BLOK C

Kepada semua Penghuni Blok C, kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam progrem BBQ Blok C boleh berhubung dengan AJK JMB.

TARIKH : 31dis’11

MASA : 4.3Opm

MENU : ikan, ayam, sotong, buah-buahan, air…srrrrp

YURAN PENYERTAAN :

Untuk pembayaran boleh berhubung dengan :

En Jas, En Onie, En Syed.

GOTONG-ROYONG BERSIHKAN RUMAH SAMPAH

Terima kasih pada yang hadir….kerjasama dari anda semua amat dihargai…

sporting la you all….org sama jugaks..

goods

clean

GOTONG-ROYONG 3 Dis ’11

Walaupun orang yang sama terlibat TAPI alhamdulillah syukur….dapat bersihkan semua kawasan Blok….Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan2 yang turut serta dalam aktiviti riadah ini..

MESYUARAT AJK 22.OCT.11

INI JER YG ADA DARI 60 UNIT…..

 

Mesyuarat Blok C, terpaksa dibatalkan atas sebab2 yang tak boleh diterima . Walaupun notis/sms telah diberi seawal 2 minggu dan penglibatan penghuni dalam menghadirkan diri pada mesyuarat amat mendukacitakan….

GOTONG ROYONG BERSIHKAN TANGGA

hanya 5% yang turun walaupun orang yang sama turut serta dalam aktiviti gotong royong…….

tempat “port” kucing lepaskan hajat…

basuh…jugaks..

guna sabun….kasi hilangkan bau tahi kucing.

pengerusi pun belasah jugaks.

sapu …

JEMPUTAN MESYUARAT BLOK C

MEMO

Rujukan kami :

Rujukan tuan :

Yang Berbahagia Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik dijemput hadir ke MESYUARAT BLOK C yang akan diadakan seperti berikut:

           TARIKH  : 12 Feb. 2011

          TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA BLOK C

           MASA        : 09:00pm

Antara agenda yang akan dibincangkan adalah :

1. Pelantikan PENGERUSI BLOK C (Pengerusi En Hibator telah berpindah)

2. Penubuhan MC (Jawatan kuasa penyenggaraan)

3. Lain-lain hal.

Pohon Yang Berbahagia Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik kembalikan PENGESAHAN KEHADIRAN seperti yang dilampirkan dengan memasukkanya ke dalam PETI CADANGAN atau kembalikan kepada AJK selewat – lewatnya pada 11 feb 2011.

Jika mana-mana penghuni/penyewa tidak memulangkan PENGESAHAN KEHADIRAN, akan dianggap bersetuju dan tiada bantahan terhadap keputusan yang dibuat semasa mesyuarat tersebut.

Harap semua penghuni/penyewa dapat bersama-sama dalam mesyuarat ini untuk membincangkan isu-isu berkaitan Blok C. Kehadiran Yang Berbahagia Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik amat dihargai.

Sekian terima kasih,

Pangsapuri Kita Tanggungjawab Kita’

S/U Blok C.

Previous Older Entries