DENGGI DI TAMAN SERI MEWAH

Kajang Utama Diserang Denggi

Kajang Utama 03 Rabiul Awwal, March 2, 2010
11 mangsa diserang denggi dan satu kematian berlaku di Kajang Utama, menyebabkan Ahli MPKj kawasan, Ustaz Shafie Ngah dan Persatuan Penduduk bertindak memohon pihak Jabatan Kesihatan Hulu Langat turun mengambil tindakan bagi membasmikan punca denggi di kawasan ini, Pihak MPKj juga diminta turun dengan peralatan-peralatan seperti lori, pemotong kayu dan alat-alat pembersihan. ADUN tiba dari Taman Sutera, melawat dan meninjau tempat gotong royong di jalan masuk utama ke Kajang Utama. Penyertaan tidaklah begitu ramai.

Menurut saudara Abu Bakar,Timbalan Ketua Persatuan Penduduk “Poster-poster telah dipasang, publisiti meminta penduduk keluar bergotong royong pada hari ini telah dibuat setiap hari beberapa hari sebelum ini, termasuk oleh pihak MPKj secara penghebahan suara melalui kenderaan, tetapi nampaknya kebanyakan penduduk kurang memberi perhatian.“

“Agak sukar mendapat kerjasama penduduk. Ini untuk menjaga kesihatan diri penduduk sendiri,” menurutnya.

“Janganlah bila diri kena denggi, baru bersusah untuk mendapat pertolongan.” Tambahnya.
“Memang mencegah lebih baik dari membasmi selepas mengalami,” ADUN mencelah.

Walau bagaimana dengan jumlah puluhan penduduk ditambah dengan pekerja-pekerja dari Jabatan Kesihatan Daerah dan MPKj gotong royong dijalankan dengan tumpuan kepada pembersihan sampah, parit dan longkang.
.
Difahamkan, pihak Jabatan Kesihatan membuat ujian terhadap air yang terkumpul dalam bekas-bekas plastik dan tin yang dibuang penduduk dilereng bukit dan didapati wujudnya kuman-kuman denggi, Sebab itu pagi ini antara aktiviti yang dibuat dilereng bukit berkenaan ialah menyembur racun aides bagi membasmikan kuman denggi. Di samping itu pemotongan rumput dan tumbuhan kecil di tepi bukit dilakukan.

Sebagai ingat mengingat penduduk hendaklah mengelak dari membuang sampah, terutama plastik dan bekas-bekas pelastik di merata-rata. Kerana air bertakung, ianya menjadi sarang bagi pembiakan nyamuk aedis.

Selepas melawat kawasan tepi lereng bukit ini, ADUN bergerak dengan Saudara Abu Bakar dan Azizi ke kawasan rumah pangsa mewah, di bahagian atas kawasan tadi dan didapati beberapa orang sedang giat membersih kawasan keliling rumah pangsa tersebut, termasuk pada bahagian kereta buruk yang dibiarkan. Tidak ramai yang mengambil bahagian. Setelah bertemu, bertanya khabar, melihat tempat-tempat dibersihkan, bahkan tumpang minum dari air yang disediakan oleh peserta wanita untuk pekerja-pekerja gotong royong yang tak seramai mana itu. Kami kembali ke lokasi gotong royong terawal sebelum memohon diri ke program yang lain.

Soalan Lazim – Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor

SOALAN 1

Apa Itu Demam Denggi?
  • Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

SOALAN 2

Bagaimana Penyakit Ini Merebak?
  • Pemindahan penyakit :
    1. Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
    2. Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 – 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah). Seseorang pesakit yang telah mendapat denggi akan menjadi pembawa sepanjang hayat.
    3. Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
    4. Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
    5. Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

SOALAN 3

Bagaimana Cara Untuk Mencegah Denggi?
  • Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama :
    a) Perlindungan dari gigitan nyamuk
    b) Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
    c) Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
    d) Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

SOALAN 4

Bagaimana Pemantauan Dan Kawalan Oleh Pasukan Vektor Mpkj?
  • Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan :a) Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti dilakukan pengasapan (fogging).
    b) Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
    c) Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana    pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.
HARAP SEMUA PENDUDUK DAPAT MEMAINKAN PERANAN DAN MENJAGA KEBERSIHAN BLOK KITA.
AJK BLOK C

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: