SEKAPUR SIREH

SELAMAT DATANG.

Selamat datang ke weblog rasmi untuk warga penduduk di Pangsapuri Seri Mewah Blok C, Jalan Seri Mewah, Taman Seri Mewah 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

HALA TUJU.

Weblog ini adalah di bawah naungan A.J.K Blok C. Sumbangan artikel dan berita serta pengumuman berkaitan Blok C dialu-alukan ke emel: pppsmbc@yahoo.com

Terima kasih kerana mengunjungi laman web ini dan sila tuliskan komen di link sediada sekiranya perlu.

Weblog ini dibina bagi tujuan menyampaikan maklumat dan mengadakan forum bagi mendapatkan pandangan dan  memantau arah tuju BLOK C dalam mengharungi situasi semasa serta mengatur perancangan strategik untuk masa akan datang.

Isu yang penting adalah untuk mempastikan BLOK C sentiasa relevan untuk tempoh mendatang. Bagi memenuhi hasrat ini,  warga BLOK C wajar membantu bagi mencapai objektif melalui sumbangan idea dan sumbangan kewangan SEIRING DENGAN COGAN KATA BLOK C, PANGSAPURI KITA TANGGUNGJAWAB KITA.

Bak Kata pepatah “berat sama dipikul ringan sama dijinjing” serta “bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat” harus dijadikan teladan kepada kita semua bagi mengharungi nilai-nilai kehidupan sosial yang positif dan mengukuhkan titian perhubungan sesama kita, insyaAllah.

BLOK C bergerak bukan untuk kepentingan mana-mana individu tetapi atas landasan dan kepentingan semua warga BLOK C secara amnya dan  secara khususnya tanpa mengambil kira bangsa, agama dan warna.  Oleh itu AJK amat berharap semua warga BLOK C menyambut baik usaha-usaha murni yang dilakukan. 

Sama-samalah kita memperkasakan BLOK C,  InsyaAllah.  

S/U BLOK C

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: