LALUAN ALTERNATIF SILK HIGHWAY

INFO BERKAITAN PEMBINAAN JALAN PINTAS DARI SILK HIGHWAY

Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memang prihatin terhadap masalah ketiadaan laluan alternatif di kawasan-kawasan perumahan seperti Taman Kajang Utama dan Kompleks Makmal Utama STRIDE di Taman Bukit Mewah Sek 9. Ibu Pejabat Science & Technology Research For Defence (STRIDE) di Kajang Utama, Kawasan IKS Kajang Utama, Taman Kajang Sentral dan lain-lain akibat daripada pembukaaan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) pada bulan Jun 2004.

Pihak Kementerian Kerja Raya melalui LLM telah menganalpasti dan mencadangkan pembinaan terowong atau underpass bagi kemudahan para penduduk, pengusaha-pengusaha kilang, murid-murid sekolah di kawasan-kawasan perumahan tersebut berulang-alik ke Pekan Kajang melaui Jalan Bukit yang merentas Lebuhraya SILK. Sehubungan ini, projek yang dicadangkan ini telah disenaraikan melalui Kementerian Kerja Raya untuk dilaksanakan pada tempoh Rancangan Malaysia Ke-9 dan akan dimulakan sebaik saja menerima kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dengan demikian, saya merayu kepada EPU di JPM akan memberi kerjasama berdasarkan kedudukan kritikal dan mendesak untuk memerlukan terowong sebagai laluan alternatif di kawasan-kawasan berkenaan agar mempercepatkan kelulusan selaras dengan seruan pihak kerajaan yang menegaskan bahawa Infrastruktur berkualiti dan kemudahan yang perlu akan terus dibina diseluruh negara bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat dalam Rancangan Malaysia ke-9.

copy .web for info

AJK BLOK C

Leave a comment