PERBINCANGAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Tarikh: 6 mei 2010

Masa: 09.00pm

Tempat: Pejabat blok c

Ajk: En Hibator (pengerusi), En Hasnizan (kebersihan), En Hamzah (keselamatan) dan Cik Shukriah (bendahari) dan En. Azoni (lewat sedikit urusan keluarga).

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebentar tadi ajk mengadakan perbincangan mengenai aktiviti gotong-royong untuk blok c.  Telah lama blok c tidak mengadakan aktiviti ini kerana masa tidak mengizinkan atas kesibukan masing2.

Sebelum itu mesyuarat untuk aktiviti ini akan diadakan pada 15 mei 2010 dan tarikh untuk gotong royong tersebut pada 23 mei 2010.

Dalam perbincangan ini turut disentuh berkaitan agenda acara tersebut seperti penyediaan sarapan pagi dan minuman. Peralatan untuk gotong royong akan dibincang dalam mesyuarat nanti.

Lain-lain hal turut disentuh berkaitan tambahan ajk blok c agar dapat membantu ajk sediada dalam menjalankan tugas. Amat berat untuk menyuarakan isu ini kerana kita memerlukan komitmen untuk menjalankan tugas. Isu ini akan dipanjangkan dalam mesyuarat 15 mei ini. Setiap ajk yang kita lantik hendaklah memerlukan persetujuan dari pihak badan terlebih dahulu.

Turut disentuh berkaitan hause rules yang dibuat untuk dihantar pada MPKj. Memo hause rules tersebut telah dimasukkan kedalam peti surat penduduk blok c dan pihak ajk berharap komen dan cadangan dari penduduk berhubung house rules ini.

Mesyuarat ditangguhkan jam 10.45 pm.

Harap komen dari penduduk berkaitan aktiviti ini.

AJK BLOK C

2 Comments (+add yours?)

  1. Kee Alfian
    May 08, 2010 @ 13:18:47

    asmk..saya ingin memaklumkan bahawa memo mengenai house rules belum diterima, dan comment atau pandangan tidak dapat diberikan.

    Reply

    • pangsapuriserimewahblokc
      May 11, 2010 @ 03:00:38

      WAALAIKUMUSSALAM.

      THANKS TUAN KEE, house rules tu, AJK telah masukkan ke dalam pesti surat semua penduduk, tapi jika tiada dalam p.o.box tuan, kami akan bagi copy house rules tu secepat mungkin. Terima kasih diatas makluman tuan dan kami ajk berharap dengan adanya saluran ini kita semua dapat berhubung antara satu sama lain.

      AJK BLOK.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: