KERATAN AKHBAR : PROBLEM PAM AIR

Pam punca tiada air di pangsapuri Flora KUALA LUMPUR 6 Jun –

Masalah bekalan air di pangsapuri Flora, Taman Impian Ehsan di Balakong dekat sini dikenal pasti berpunca daripada sistem pam yang diselenggara oleh pihak pengurusan pangsapuri tersebut. Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan bangunan terbabit serta para penduduk dalam satu perjumpaan pada 22 Mei lalu. Menurutnya, siasatan Syabas mendapati tahap tekanan air pada meter pukal pangsapuri berkenaan berada pada tahap tekanan yang bersesuaian bagi pembekalan air ke kawasan tersebut. “Justeru, tekanan air bukan masalah di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Selain itu, katanya, semakan rekod sejak Januari lalu sehingga kini mendapati, tiada aduan tekanan air rendah dilaporkan dan hanya lima aduan ketiadaan air direkodkan di kawasan pangsapuri Flora. Abdul Halem berkata, Syabas menyarankan pihak pengurusan pangsapuri itu agar segera membaiki pam yang digunakan itu bagi memastikan bekalan air yang berterusan kepada penghuni. Mengenai isu bekalan air di perumahan kos rendah, Taman Megah, Kepong, Abdul Halem menafikan sistem paip dalaman yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Syabas sebagai punca. Katanya, ini kerana Syabas tidak akan menyambungkan bekalan air termasuk yang menggunakan sistem meter pukal ke bangunan yang tidak menepati piawaian paip dalaman yang ditetapkan. “Sebelum bekalan air disambungkan kepada sesuatu premis, Syabas akan terlebih dahulu membuat pemeriksaan ke atas sistem paip dalaman bagi memastikan ia mematuhi spesifikasi. “Pada masa yang sama, pihak jurutera perunding turut memainkan peranan dalam membuat pemantauan ke atas pematuhan spesifikasi tersebut. “Justeru, adalah tidak tepat untuk menyatakan paip dalaman sebagai punca masalah, sebaliknya perkara ini perlu dirujuk kepada pihak pengurusan bangunan bagi mengenal pasti punca masalah,” katanya. Abdul Halem tidak menafikan kemungkinan masalah sistem paip dalaman yang dinyatakan oleh penduduk itu merujuk kepada surat maklum balas daripada Syabas berhubung tindakan yang perlu diambil sebelum kelulusan migrasi kepada meter individu diberikan. Merujuk kepada isu tunggakan bil air pula, beliau berkata, semua tunggakan akaun meter pukal premis tersebut telahpun diselesaikan oleh pihak pengurusan bangunan berkenaan pada 19 Mei lalu. Dengan itu, katanya, tidak timbul isu tunggakan sebagai punca kepada masalah bekalan air ke perumahan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: