DENGGI MEMBAWA MAUT

KERATAN2 AKHBAR YANG BERKAITAN MASALAH DENGGI DI TAMAN SERI MEWAH.

KUALA LUMPUR 10 Julai – Masyarakat setempat diminta supaya kerap melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong bagi mencegah penularan kes demam denggi, yang semakin meningkat terutama di Lembah Klang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata statistik kementerian menunjukkan hanya 13 peratus atau 925 daripada 6,950 aktiviti gotong-royong dilaksanakan oleh masyarakat setempat seluruh negara sepanjang tahun lepas.

“Oleh itu, adalah diharap ketua-ketua masyarakat dan penduduk setempat terlibat secara aktif dalam aktiviti gotong royong dan pembersihan kawasan masing-masing.

“Bagi menjamin kesejahteraan kita semua, konsep gotong royong yang semakin tiris dan hampir pupus di dalam komuniti Malaysia patut disuburkan semula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Gotong Royong Perdana “Jom Ganyang Aedes” di Taman Kajang Mewah, Kajang di sini pada Sabtu.

Gotong Royong Perdana itu dianjur oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Syarikat Bekalan Air Selangor dan Balai Bomba Kajang.

Program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti Aznil Nawawi sebagai ikon antidenggi Kementerian Kesihatan.

Liow juga menyertai gotong-royong bersama penduduk setempat sebelum melawat empat rumah yang anggota keluarganya dijangkiti demam denggi dua bulan lepas melibatkan satu kematian.

Sumber : BERNAMA

————————————————————————————————————————

10,792 kes denggi di Selangor 2010/07/11

KAJANG: Selangor mencatat kes tertinggi demam denggi iaitu 10,792 kes dengan 34 kematian. Daripada jumlah itu, 3,088 kes dikenal pasti di Hulu Langat dan 36 kes di Taman Kajang Mewah, Kajang.

Berdasarkan jumlah itu peningkatan sebanyak 31 peratus dilaporkan di negeri yang mempunyai kepadatan penduduk iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Liow Tiong Lai berkata, secara keseluruhan dua kawasan panas itu menyumbang 52 peratus kes bagi tiga tahun berturut-turut bermula 2007 hingga 2009.

“Saya berpendapat kes ini boleh dikurangkan jika semua rakyat mengamalkan sikap positif ke arah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di tempat tinggal serta persekitaran mereka.

“Mencari dan memusnah tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu adalah langkah paling efektif menghindar denggi,” katanya kepada media selepas merasmikan program Gotong Royong Perdana Jom Ganyang Aedes peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

 Turut hadir, ikon Anti Denggi Kementerian Kesihatan, Aznil Nawawi.

Beliau berkata, masyarakat perlu berusaha menghalang penularan jangkitan demam denggi dengan menyertai program Combi (Communication for Behavioural Impact).

Melalui program ini, katanya, sukarelawan akan dipilih di kalangan penduduk setempat untuk membantu Jabatan Kesihatan melaksanakan aktiviti pencegahan seperti menasihati penduduk untuk mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran serta mengingatkan mereka untuk membuat pemeriksaan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

METRO

——————————————————————————————————————–

“Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”

17 June 2010 – 7:11am

Kajang Mewah, 30 J. Akhir = 13 Jun (Ahad) : Demikianlah pepatah mengibaratkan, sesudah musibah dialami, maka baru keinsafan mendatangi. Berikut dari berlakunya kematian anak salah seorang penghuni di Flat Kajang Mewah beberapa minggu lepas, maka pada hari ini penduduk keluar bergotong royong bagi membasmikan denggi di kawasan tersebut.

Gotong royong hari ini diperluaskan meliputi, selain dari flat.

————————————————————————————————————————

Friday, July 9, 2010

GOTONG ROYONG GANYANG AEDES

InsyaAllah esok seawal jam 8pagi Paknil akan bersama-sama dengan penduduk di sekitar perkarangan Pasar Raya Bintang, Taman Kajang Mewah, Kajang Selangor bagi melakukan kerja gotong royong untuk mengganyang nyamuk aedes!
Ini adalah bersempena dengan kempen Jom Ganyang Aedes dan usaha mencegah demam denggi. Paknil sangat teruja untuk bersama-sama dengan penduduk setempat yang akan berkenal mesra dahulu sebelum kami sama-sama akan didedahkan tentang bahayanya demam denggi. Pastinya Paknil akan kongsi betapa sedihnya perasaan Paknil kehilangan rakan Paknil, Din Beramboi gara-gara diserang sakit demam denggi berdarah.
Turut akan turun padang adalah YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Paknil harap ramai yang akan berganding bahu untuk membersihkan kawasan rumah dan sekeliling mereka. Satu lagi acara yang Paknil sangat nantikan adalah kunjungan ke rumah penduduk setempat dan sekali gus melakukan demonstrasi membersihkan tempat-tempat potensi pembiakan jentik-jentik nyamuk.
Harap siapa yang berkesempatan, marilah kita sama-sama ke tempat yang Paknil maksudkan dan jangan ambil ringan tentang tugas memerangi denggi ini. Takkanlah sampai ahli keluarga kita menghidapi sakit itu baru kita ingin bertindak. Takut-takut nanti sudah terlambat.
Posted by Aznil Hj. Nawawi at 3:12 PM 15 comments

Saturday, June 19, 2010

JOM BERSAMA PAKNIL KITA GANYANG AEDES!!!

 

Semalam secara rasmi, Paknil telah dilantik sebagai ikon anti denggi dalam kempen terbaru Kementerian Kesihatan “Jom Ganyang Aedes” bagi menangani wabak denggi.
Satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak telah berlangsung di bilik gerakan Kementerian Kesihatan BlokE7, Putrajaya yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Bagi Paknil, penglibatan dalam kempen ini adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kepada negara diharap mampu menarik minat komuniti setempat khususnya golongan remaja untuk turut sama membanteras denggi.
Paknil lihat pihak kementerian begitu bersepadu untuk mengadakan projek khas “Jom Ganyang Aedes” ini khusus untuk membasmi demam denggi secara serius, konsisten dan bersungguh-sungguh. Tugas Paknil pula adalah untuk memberi kesedaran dengan mengunjungi kawasan-kawasan hotspot, bersama bergotong royong dan melakukan kunjungan ke rumah-rumah masyarakat setempat member pemahaman mengenai pembiakan nyamuk aedes ini.
Terlanjur menulis entri ini, Paknil nak juga bagi tahu kepada semua bahawa kunci utama bagi mencegah demam denggi adalah dengan mengurangkan tempat pembiakan aedes sama ada di dalam atau di luar rumah kerana aktiviti semburan kabus atau fogging hanya membunuh nyamuk dewasa dan tidak membunuh jentik-jentik.Jentik-jentik cuma mengambil masa seminggu sahaja untuk menjadi nyamuk dewasa dan sebab itulah jentik-jentik ini perlu dihapuskan dengan membersih rumah seminggu sekali.
Semua sedia maklum, Paknil terpanggil untuk bekerjasama dalam kempen ini adalah setelah kehilangan rakan baik yang juga rakan penyampai radeio Era Din Beramboi, yang meninggal dunia pada 1 April lalu akibat demam denggi berdarah.
Cukuplah kawan Paknil seorang menjadi mangsa seekor nyamuk. Paknil tidak mahu ia turut berlaku pada orang lain dan sebab itulah Paknil harap kita sama-sama lakukan tugas kita untuk GANYANG nyamuk puaka ini

Posted by Aznil Hj. Nawawi at 3:05 AM 46 comments

——————————————————————————————————————-

UNTUK MAKLUMAN TUAN PUAN, YANG MANA BAHAYANYA DENGGI INI, SAMA2 LAH KITA MENJAGA KEBERSIHAN SEKITAR BLOK KITA DAN SAMA2 KITA MENCEGAH BAHANA DENGGI INI…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: