SINAR: KEDIAMAN STRATA PERLU TUBUH JMB

Kediaman strata perlu tubuh JMB

SELAYANG – Pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyarankan kepada penduduk di perumahan strata bagi bangunan perumahan berbilang tingkat menyegerakan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) agar segala isu berkaitan JMB yang kini terpaksa dihadapi kira-kira 90 peratus daripada kediaman berkenaan tidak berlaku di kawasan perumahan baru.

Pegawai Penilaian/ Ketua Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPS, Aminuddin Hussien berkata, bagaimanapun kebanyakan daripada isu timbul itu adalah bagi perumahan dibina sebelum 2007. Katanya, ini berikutan sebelum itu belum terdapat lagi pengenalan fungsi dan penguatkuasaan kuasa JMB dan Jawatankuasa Pengurusan (MC) yang telah ditubuhkan pada 12 April 2007. “Bagaimanapun masih ramai penduduk tidak sedar akan tujuan utama penubuhan JMB iaitu untuk menyediakan peluang kepada pembeli secara bersama menyelenggarakan dan mengurus bangunan bersama. “Disebabkan itu, kita harap JMB di perumahan baru seperti di sini dapat ditubuhkan secepat mungkin supaya segala permintaan penduduk dapat ditentukan sendiri pemilik, tanpa bergantung kepada keputusan pemaju,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penerangan penubuhan JMB oleh COB MPS bersama penduduk di perumahan kondominium baru dihuni kira-kira lima bulan lalu itu, di sini.

Dalam pada itu, Aminudin berkata, walaupun pemaju perumahan itu mempunyai 12 bulan lagi untuk bertindak menubuhkan JMB, tetapi sekiranya terdapat gesaan penduduk, ia boleh diwujudkan dengan lebih awal.

“Kebanyakan masalah berlaku apabila JMB lambat ditubuhkan, jika pemilik mempunyai tunggakan, mereka tidak boleh mengundi atau diundi dalam korum mesyuarat pertama JMB. “Misalnya, apabila ada dalam kalangan mereka mempunyai tunggakan dilantik, ia menyebabkan timbul pertikaian dan itu berlaku di kebanyakan perumahan sebelum ini,” katanya. Aminuddin berkata, pihaknya juga telah menyarankan supaya kumpulan jawatankuasa bertindak sementara perumahan kondominium itu menghantar surat kepada pemaju untuk menubuhkan JMB. Katanya, salinan permohonan itu juga perlu diserahkan kepada COB supaya pihaknya boleh mengambil tindakan berkaitan seterusnya.

“Biasanya selepas pertemuan seperti ini penduduk sudah saling mengenali dan tiada masalah untuk membuat pelantikan ahli jawatankuasa JMB nanti,” katanya. Sementara itu, wakil penduduk kondominium itu berkata, selepas COB mengeluarkan arahan kepada pemaju untuk menubuhkan JMB, mereka perlu menyediakan borang khas berkaitan proksi kepada semua penghuni. “Jika tiada masalah, kita jangkakan JMB dapat ditubuhkan awal Oktober ini. Untuk itu, kita harap semua pemilik rumah dapat menjelaskan tunggakan caj berkaitan masing-masing. “Buat masa ini kita dimaklumkan h pemaju hanya 20 peratus daripada penghuni menjelaskan bayaran penyelenggaraan daripada 1,074 unit pemilik di sini,” katanya. Menurutnya, dengan penubuhan JMB nanti, diharap semua rungutan penduduk yang diketengahkan dalam perjumpaan kali ini, dapat diatasi bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: