SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

SINAR HARIAN 5OGOS2010

Penduduk hutang RM2 juta

DAMANSARA – Masalah yang kian meruncing di Apartmen Pelangi Damansara tidak akan dapat diselesaikan selagi penduduk tidak sepenuhnya membayar wang penyelenggaraan bulanan.

Pengurus Kawasan Hong Ka Wai & Ascociates, Joseph Alphonso berkata, pihak pengurusan mengharapkan wang bayaran penyelenggaraan daripada penduduk untuk tujuan membaik pulih segala kerosakan kemudahan di apartmen itu.

Menurutnya, setakat ini tidak kurang 60 peratus penduduk membayar wang penyelenggaraan setiap bulan.

“Setiap bulan, pihak pengurusan memerlukan RM38,000 untuk membayar bil air, RM48,000 bil elektrik manakala perbelanjaan lif setiap tahun mencecah RM380,000 setahun.

Difahamkan juga, jumlah baki tertunggak hutang penyelenggaraan kini sudah mencecah RM2 juta.

“Bila penduduk tidak bayar, ianya akan mendatangkan masalah kepada kepada kami untuk membayar bil ini termasuk baik pulih kemudahan sedia ada,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong semalam.

Joseph berkata, pihaknya mengharapkan penduduk mempunyai tanggungjawab membayar wang penyelenggaraan setiap bulan.

“Kita kesal kerana wujud pihak tidak bertanggungjawab yang sering memecahkan paip air, buang air di dalam lif serta melakukan vandalisme yang mengakibatkan kerosakan lif.

“Bila jadi begini kos yang besar terpaksa kami gunakan untuk membaik pulih semua kemudahan lif ini,” katanya.

PERLUKAH KITA HANYA TUNGGU DAN LIHAT ?

FIKIR2 KAN BERSAMA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: