LIF JATUH DARI TINGKAT 6

Blok A, Flat Impian Baiduri

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri dan dua remaja mengalami detik cemas apabila lif yang mereka naiki tiba-tiba terjatuh dari tingkat enam Blok A, Flat Impian Baiduri di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 2 petang, empat mangsa yang ada dalam lif itu ialah seorang anggota bomba dan penyelamat dan isterinya seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Utama, Petaling Jaya manakala dua remaja yang merupakan pelajar sekolah.

Pasangan suami isteri yang tinggal di tingkat 13 menaiki lif itu selepas mereka habis bekerja manakala dua remaja itu pula baru pulang dari sekolah.

Empat mangsa yang cedera ialah Zarinah Jaafar dan suaminya, Rahim Yunus masing-masing berusia 30-an. Dua remaja itu pula ialah Azizah Ermonchatib, 13, dan S. Kugahan, 14

info dari KOSMO  1 Oktober 2010

SAMBUNGAN SINAR 4 Oktober 2010

Penduduk beri tempoh 10 hari

TAMAN IMPIAN BAIDURI – Penduduk memberi tempoh 10 hari kepada pengurusan supaya memberi tindak balas berhubung keselamatan penghuni dan isu selenggaraan lif.

Pengerusi Persatuan Penduduk Blok A, Thambi Chik Hassan berkata, penduduk mahu penjelasan berkenaan kejadian lif terhempas Khamis lalu.

Katanya, selain itu mereka turut mempersoalkan mengapa semua lif bomba di empat blok pangsapuri tersebut tidak berfungsi.

Menurutnya, lif dipercayai dijadikan stor itu sepatutnya boleh digunakan pada keadaan kecemasan dan tidak menyukarkan penduduk yang terpaksa bersesak seperti kini.

“Saya difahamkan pengurusan yang kini mengambil alih urusan selenggaraan pangsapuri ini masih baru, lebih kurang tiga bulan. Rekod tentang selenggaraan daripada pihak pengurusan sebelum ini juga gagal dikesan.

“Mungkin itu yang menyebabkan pihak pengurusan baru ini tidak dapat mengenal pasti kerosakan dan hanya melakukan selenggaraan biasa apabila laporan diterima,” dakwanya.

Menurut beliau, difahamkan kos memperbaiki lif bomba yang dikatakan rosak itu adalah RM80,000 satu.

Beliau mendakwa, penduduk hanya dapat menggunakan lif bomba itu pada tahun pertama bangunan didiami.

Katanya, penduduk sedikit lega apabila pihak jabatan keselamatan penduduk daripada Shah Alam memeriksa dan mengenal pasti kerosakan, namun tiada sebarang kenyataan diketahui.

Tambi Chik selaku wakil penduduk menyeru pihak berkuasa campur tangan dalam urusan tersebut.

Menceritakan keadaan empat mangsa kejadian, katanya, pasangan suami isteri itu masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sementara mangsa lain, Kugan yang patah kaki pulang ke rumah semalam dan Azizah masih trauma dengan kejadian tersebut.

BLOK C

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: