LIF TERHEMPAS

GANDAR BESI PECAH PUNCA LIF TERHEMPAS

PETALING JAYA: Gandar atau roda besi di bahagian atas lif berkenaan yang pecah dikesan menjadi punca lif yang membawa empat mangsa tiba-tiba terhempas dari tingkat enam, Pangsapuri Impian Baiduri, di sini, petang semalam.

Sumber berkata, hasil daripada siasatan awal dilakukan mendapati insiden ngeri terbabit bukan berpunca dari kabel lif yang disangkakan putus oleh penduduk pangsapuri 18 tingkat berkenaan.

Berdasarkan pemeriksaan awal dan gambar diambil dari dalam lif berkenaan, pihak berkuasa mendapati ia berpunca dari gandar besi yang tercabut di bahagian atas lif terbabit.

“Keadaan gandar besi terbabit pecah menyebabkan ia gagal menampung lif terbabit walaupun ketika kejadian hanya empat individu berada di dalamnya. Pada keadaan biasa, lif terbabit boleh memuatkan dan membawa kira-kira 10 orang dewasa di dalamnya.

“Kesan hentaman terbabit turut menyebabkan spring keselamatan yang dipasang di bahagian bawah lif turut rosak dipercayai akibat kesan hentaman kuat terbabit,” katanya.

Sementara itu, wakil pemaju pangsapuri terbabit, Saimon Ignatus ditemui wartawan berkata, pihaknya tidak dapat memberi ulasan berhubung punca insiden itu berikutan perlu menunggu laporan terperinci dari pihak berkuasa.

Menurutnya, setakat ini, syarikat penyelenggara, Logic Base Sdn Bhd yang dilantik pemaju pangsapuri terbabit mendakwa melakukan kerja menyelenggara lif pangsapuri itu pada 25 September lalu.

BLOK C

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: