HIMPUNAN PERDANA JMB Seluruh Selangor

HIMPUNAN PERDANA JMB Seluruh Negeri Selangor
Pada 31 Oktober 2010

Bertempat di: Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Waktu: 8:30 pagi – 4:00 petang (datanglah beramai-ramai…)

Satu himpunan perdana bagi Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) akan diadakan pada 31 Oktober ini.

Jawatankuasa JMB dari seluruh negeri Selangor adalah dijemput untuk menghadiri himpunan tersebut.

JMB adalah badan yang menguruskan kediaman berstrata seperti pangsapuri atau kondominium sebelum hakmilik strata dikeluarkan.

Himpunan ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Himpunan itu akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Program akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Di antara acara-acara menarik hari itu adalah ceramah penerangan tentang pengurusan JMB dan bengkel-bengkel membincang isu-isu berkaitan kediaman bertingkat.

Selain dari itu terdapat kaunter khidmat nasihat, kaunter-kaunter Pihak Berkuasa Tempatan dan pameran-pameran. Makan tengah hari adalah disediakan kepada semua yang hadir.

Tujuan-tujuan utama himpunan itu adalah,

   1. Membimbing JMB tentang cara-cara menguruskan bangunan mereka dengan cekap dan berkesan.
   2. Peluang bagi JMB berkongsi atau mengemukakan masalah-masalah mereka.
   3. Saluran bagi Kerajaan Negeri Selangor mendapatkan maklumbalas dari JMB tentang polisi-polisi dan peraturan-peraturan yang telah atau akan dilaksanakan.

Himpunan ini akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Bagi mereka yang berminat untuk hadir diharap dapat menghubungi 0132965469 (Azli) atau 0132069522 (Kamaruzaman ). Mereka juga boleh menghubungi pejabat Pihak Berkuasa Tempat yang terdekat.

Selain dari Jawatankuasa JMB, mereka yang berminat untuk mengetahui tentang pengurusan kediaman bertingkat turut dijemput hadir.

Cabutan bertuah akan diadakan dengan 5 peserta akan mendapat penginapan 1 malam percuma di Hotel De Palma, Ampang.

Iskandar A. Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap / Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
18 Oktober 2010
sumber dari:-
http://jmbpks7.blogspot.com/2010/10/himpunan-perdana-jmb-seluruh-negeri.html

1 Comment (+add yours?)

  1. mrOren
    Mar 05, 2011 @ 03:46:58

    iklan Cari Makan:
    Bracket Tv Lcd dan Monitor, Plasma dan Led.
    Jamin Murah dari Kedai.
    Berbagai Saiz Pasti menjadi Idaman.
    dari jenis Lekap Tetap, Condong dan Condong boleh pusing.
    juga ada untuk Siling.
    sesuai untuk MENJIMATKAN ruang.
    Kawasan Liputan : Seluruh Selangor dan K.Lumpur hingga seremban dan Kuala Pilah

    -Pasang di Rumah, Office, Restoran, Hotel, Hospital, Sekolah dan Lain2
    -Harga mengikut Saiz TV .

    Call/Sms mrOren: 010-511 9681
    Terima kasih semua.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: